Wednesday, June 1, 2011

Berhijrah ke Wordpress

Salam semua,

Hampir 4 tahun bersama blogspot,dengan rasminya,mulai 1 Jun 2011,http://coretanpaklong97.blogspot.com/ akan berhijrah ke wordpress….





http://niaga-dinar-emas.com/


Ramai rakan bertanya kenapa saya bertukar kepada wordpress.Apa yang bestnya platform wordpress selfhosted ni berbanding blogspot yang telah saya pakai selama 4 tahun sebelum ni? Sebenarnya dari mata kasar memang nampak macam sama je dua-dua platform ni.So kenapa saya tukar dari Blogspot ke WordPress Selfhosted ini adalah kerana nak belajar benda baru.Belajar dari basic,baru ada trill,skill,idea yang kreatif.

So kalau nak test skill,trylah buat dalam wordpress.

Wednesday, February 16, 2011

Keuntungan dengan teknik Ar Rahnu....

* dipetik dari http://emas-semasa.com



Ramai juga yang masih kurang faham tentang teknik pajakan Ar Rahnu. Saya perhatikan teknik pajakan Ar Rahnu ada berbagai-bagai teknik maka kalau saya nak terangkan satu persatu mungkin susah juga nak faham kalau ditulis dalam artikel sebegini. Ini saya kongsi teknik yang saya praktikkan mengguna pajakan Ar Rahnu.Dalam pelaburan emas saya ada dua target iaitu jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.Secara umumnya teknik pajakan ini digunakan bagi jangka masa panjang iaitu dalam masa enam bulan ke atas, manakala bagi jangka masa sederhana dengan menjual jongkong dan dinar emas seperti jongkong dan dinar Public Gold.

1. Saya memulakan pajakan Ar Rahnu dengan emas-emas yang tidak dipakai.Daripada tidak dipakai,lebih baik digunakan untuk mendapatkan keuntungan. Katakan contoh permulaan modal emas 916 saya adalah 100g dan pada masa itu harga emas Bank Rakyat bagi 916 adalah RM120/g, maka :
Surat 1
Nilai marhun :RM12,000
Upah simpan sebulan : RM0.75 x 12,000 = RM90
Upah simpan 6 bulan : RM90 x 6 = RM540
Nilai pinjaman 65% : RM7800
Jumlah bayaran keseluruhan : RM8340

2. Saya telah mendapat RM7800 sebagai modal kedua.Modal ini saya gunakan untuk membeli emas-emas terpakai dan lelong.Kenapa beli emas lelong dan terpakai?Kerana ianya murah dan expendable ,maksudnya disini kita tak risau sangat kalau emas tersebut bila dipajak nanti tergores,patah atau sebagainya.Harga emas terpakai dan lelong boleh didapati dengan harga antara RM95-RM110 melalui rangkaian saya.Andaikan beratnya 70g berharga RM105/g, maka :
Surat 2
Nilai emas lelong :RM7350
Nilai marhun : 8400 - harga semasa Bank Rakyat
Upah simpan sebulan : RM0.75 x 8,400 = RM63
Upah simpan 6 bulan : RM63 x 6 = RM378
Nilai pinjaman 65% : RM5460
Jumlah bayaran keseluruhan : RM5838

3. Dapat dilihat disini saya telah maksimumkan nilai marhun sebanyak RM8400,iaitu lebih tinggi dari jumlah emas yang saya beli.Cara ini boleh digandakan berapa kali yang kita mahu,tetapi sebaiknya simpan sedikit wang tunai,sebagai persediaan untuk membayar upah simpan.Emas-emas pajakan ini saya akan jual bila melepasi harga keuntungan yang saya jangkakan.Melalui rangkaian saya,saya boleh menjual emas-emas yang masih dalam pajakan melalui surat pajakan sahaja tanpa mengeluarkan emas-emas tersebut dari Ar Rahnu.Katakan dari teknik ini kita telah menggandakan sehingga 4 surat ,modalnya cuma dari surat 1 sahaja.Menarik bukan?

Thursday, February 10, 2011

Sembang Ar-rahnu....


Paklongjb dan rakan2 ( mZull,Zul Fkkksa,Zainal(cameramen),faizal...bersembang bersama cikgu nizam,yg sudi datang dari jauh...simpang renggam,johor untuk berkongsi ilmu tentang teknik ar rahnu..terima kasih cikgu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersembanglah....


ShoutMix chat widget

Semak Arah Kiblat Anda

Music Playlist

Waktu Solat Hari Ini

Edymart